خَيْرُكُمْ مَنْ تَعَلَّمَ اْلقُرْآنَ وَعَلَّمَهُ

 Artinya: Sebaik-baik orang di antara kamu adalah orang yang belajar Al Qur’an dan mengajarkannya (HR. Bukhari)

LATAR BELAKANG RUWAQ AL AFASY

RUWAQ AL AFASY LIL QURAN WAL QIRAAT
merupakan Pusat Pengajian Al-Quran Bersanad Di Malaysia, yang diasaskan oleh Ustaz Muhammad Ali dan isterinya Ustazah Ummul Hussain.

Beliau merupakan lepasan Pondok Pesantren di Aceh Utara selama 10 tahun. juga Graduan University Al Azhar dalam bidang Usuluddin.

Ustazah Ummul Hussain pula merupakan Lepasan Diploma Darul Quran JAKIM juga Graduan daripada University Al Azhar dalam bidang Al Quran Wal Qiraat.

Beliau adalah pemegang sanad Al-Quran yang ke-30 dari Rasulullah S.A.W. bagi Qiraat Asyarah Shugro Dan Qiraat Asyarah Kubro.

Beliau telah bertalaqqi secara musyafahah dengan beberapa Masyayikh Di Mesir dan mengambil sanad Al-Quran melalui mereka.

Dengan adanya tauliah mengajar dari Jabatan Mufti negeri Kedah yang di ambil pada tahun 2018 sehingga sekarang, Beliau aktif dalam berkhidmat dan menyebarkan ilmu Al Quran bagi meneruskan perjuangan guru-gurunya dalam memartabatkan Al Quran.

APA MAKSUD MENGAJI AL-QURAN BERSANAD ?

Proses pengajian melalui kaedah yang disampaikan oleh para guru yang bersambung sanadnya sampai kepada Rasulullah S.A.W.

Oleh itu, proses pengajian akan terjaga dengan baik keaslian kaedah dan kaifiatnya sebagaimana Rasulullah S.A.
W. yang mengajarkan kepada para sahabat, terus bersambung kepada para tabi’ dan tabiin, para Imam Qiraat hingga kepada para Masyayikh sampai kepada generasi sekarang dan akan datang, sesuai dengan Janji Allah dalam memelihara Al Quran dan segala isi kandunganya sehingga hari kiamat.

Apakah kelebihan Program Talaqqi Al-Quran Bersanad?

~Belajar dan semakan bacaan Al Quran 30 juzuk di hadapan guru yang memiliki sanad bacaan Al Quran yang bersambung kepada Rasulullah S.A.W.

~Belajar dan Talaqqi bacaan Qiraat Imam Hafs An Asim dan boleh menyambung bacaan Qiraat imam yang lain setelah selesai bacaan sesuatu Qiraat.

~Mempelajari ilmu tajwid secara eksklusif bersama guru dan bacaan disemak dan diperbetulkan secara “one to one” oleh guru.

~Mereka yang selesai dan lulus bacaan di akhir program ini, akan menerima Buku Ijazah Al-Quran Bersanad, Sijil Sanad dan salasilah sanad dari Guru dan menjadi pemegang sanad yang seterusnya, iaitu sanad yang ke-31.

Di RUWAQ AL-AFASY kami lebih tertumpu kepada pengajian Al-Quran Bersanad dan Fardhu Ain dalam berkhidmat kepada Ummat Nabi Muhammad S.A.W. mengenal dan kembali kepad Agama Islam.

APAKAH KELEBIHAN TALAQQI AL-QURAN BERSANAD?

PROGRAM DI RUWAQ AL-AFASY

KELAS HAFAZAN AL-QURAN

HARIAN/MINGGUAN

KELAS TALAQQI AL-QURAN

KHAS UNTUK DEWASA

KELAS TALAQQI AL-QURAN

PRIVATE ONE TO ONE

KELAS TALAQQI AL-QURAN

PRIVATE KHAS PASANGAN

KELAS TALAQQI AL-QURAN

KHAS KANAK-KANAK

KELAS MENGAJI AL-QURAN

ONLINE PERSONAL

KEM ANAK SOLEH

SOLAT AL-QURAN HAFAZAN

MAJLIS MINGGUAN

BACAAN YASIN DAN TAHLIL

NAK JOIN KELAS MENGAJI  DI RUWAQ AL AFASY?

×
×

Cart